Friday, January 30, 2009

CERITA MERTUA DAN MENANTU

Pada zaman dahulu di Tanah Besar China, seorang gadis bernama Li Li telah berkahwin dan tinggal bersama suami dan ibu mertuanya. Dalam masa yg singkat, Li Li dapati dia tidak serasi dengan ibu mertuanya.

Peribadi mereka saling berbeza dan Li Li rasa marah dgn kebanyakan perangai ibu mertuanya itu. Lebih-lebih lagi ibu mertuanya sering sekali mengkritik Li Li.

Hari dan minggu berlalu. Li Li dan ibu mertuanya sudah semakin kerap berbalah dan berkelahi. Tapi apa yg membuatkan keadaan lebih buruk lagi, Li Li mestilah tunduk kepada ibu mertuanya dan menuruti segala kehendaknya seperti kemahuan tradisi China lama. Semua kemarahan dan ketidak gembiraan di dalam rumah telah menyebabkan suami Li Li tertekan.

Akhirnya, Li Li dah tak tahan dgn perangai ibu mertuanya yg panas baran dan terlalu pemerintah. Dia mengambil keputusan utk berbuat sesuatu mengenainya. Li Li pergi menemui kawan baik bapanya yg merupakan seorang tabib. Dia terangkan keadaannya dan bertanya jika tabib itu boleh memberikannya racun yg akan menyelesaikan masalah tersebut selama-lamanya.

Tabib tersebut berfikir sejenak dan akhirnya berkata, “\Li Li, Saya akan bantu utk selesaikan masalah kamu, tapi kamu mesti dengar cakap pakcik dan turuti apa yg pakcik arahkan kamu”

Li Li kata, “Baiklah pakcik, Saya akan lakukan apa saja yang pakcik suruh saya buat”.

Tabib tersebut pergi ke bilik belakang dan kembali beberapa minit kemudian dengan beberapa bungkusan herba di tangan.

Dia beritahu Li Li, “Kamu tak boleh gunakan racun yg cepat menyerang utk membunuh ibu mertua kamu utk mengelakkan orang jadi curiga. Jadi, pakcik berikan kamu beberapa herba yg akan mengeluarkan racun dlm tubuh ibu mertuamu perlahan-lahan. Setiap hari sediakan makanan yg sedap sedap dan letakkan sedikit herba ni dalam makanan tersebut. Sekarang, untuk memastikan tiada sesiapa curiga bila dia mati nanti, kamu kenalah berhati-hati dan berlakon berbaik baik dgn dia. Jangan bertengkar, turuti kemahuannya dan layan dia seperti seorang permaisuri’.

Li Li sangat gembira. Dia berterima kasih kepada tabib tersebut dan bergegas pulang untuk memulakan rancangan membunuh ibu mertuanya.

Minggu berganti dan bulan berlalu dan setiap hari Li Li menyediakan hidangan istimewa utk ibu mertuanya. Dia masih ingat apa yg tabib tersebut ingatkan supaya mengelakkan kecurigaan jadi dia mengawal kemarahannya, menuruti ibu mertuanya dan melayannya seperti ibu sendiri.

Selepas 6 bulan berlalu, seluruh isirumah telah berubah. Li Li telah boleh mengawal kemarahannya dengan begitu baik sekali sehingga dia hampir hampir tidak pernah marah atau memberontak lagi. Dia tidak pernah lagi bertengkar dgn ibu mertuanya kerana dia merasakan lebih mudah untuk berbaik dgn ibu mertuanya itu sekarang.

Perangai ibu mertua kepada Li Li juga berubah dan dia mulai sayang Li Li seperti anak perempuanya sendiri. Dia kerap memberitahu rakan dan saudara mara yang Li Li adalah menantu terbaik yg dia pernah jumpa. Sehinggakan seluruh barang kemasnya akan diberikan kepada Li Li sekiranya dia mati nanti.

Li Li dan ibu mertuanya sekarang melayani satu sama lain seperti ibu dan anak perempuan yang sebenar. Suami Li Li sangat gembira dengan perubahan ini.

Satu hari, Li Li datang berjumpa tabib tersebut dan meminta bantuannya semula. Katanya’ “Pakcik, tolonglah saya. Elakkan lah dari racun tu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah kepada perempuan yg sangat baik dan saya sayangkan dia seperti ibu saya sendiri. Saya tak mahu dia mati disebabkan racun yg saya berikan pada dia”.

Tabib itu tersenyum dan menggangukkan kepalanya. “Li Li, tiada apa yg perlu kamu risau pasal dia. Saya tak pernah memberikan kamu apa-apa racun pun. Herba yang saya berikan adalah ubat untuk meningkatkan kesihatannya. Racun sebenar hanyalah di dalam kepala kamu dan perangai kamu kepada dia. Tapi semuanya dah hilang disebabkan kasih saying yang diberikan oleh kamu kepada dia”.

TIDAK KAH KITA SEDAR bahawa layanan kita kepada orang lain akan menjadikan orang itu melayan kita dengan cara yang sama. Orang bijak pandai di China pernah berkata “Sesiapa yg menyayangi orang lain akan juga disayangi semula.”

Sebarkanlah KEKUATAN CINTA. Ingatlah, dgn menyebarkan kekuatan cinta tiada yg akan mati atau jatuh sakit tapi mungkin akan merubah hidup mereka. Kita takkan rugi apapun tetapi akan meraih banyak kebaikkan darinya.


(Dipetik dari Blogspot Beruang Madu)

Thursday, January 08, 2009

LAMA TAK UPDATE

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.

Sudah lama blog ini tidak diupdate. Ini adalah kerana kebelakangan ini empunya diri berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan berbuat demikian. Mungkin akibat demam chikungunya yang menyerang. Semenjak ulangtahun hari jadi pada 25 Nov hingga ke hari ini, penyakit ini masih belum sembuh sepenuhnya. Aku reda kerana ini adalah ujian Allah buatku.

Penyakit sebenarnya diturunkan untuk menguji kita dan membuat kita lebih rapat dengan Allah. Saat-saat yang paling sukar bagiku adalah ketika bangun di waktu subuh - seluruh joint berasa sakit dan sukar untuk duduk ketika sujud dan tahyat. Namun aku kuatkan diriku untuk melawannya dan alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih 75%.

Tahun Hijrah 1429 /2008 M telah berlalu dan kini aku lebih dewasa. Aku sentiasa berpegang kepada prinsip - "JANGAN BERLAGAK TUA KETIKA KITA MASIH MUDA" - akan lahirah orang muda yang kelihatan "haggard", lesu, berjanggut/berjambang yang tak terurus dlln sifat orang tua.

"JANGAN BERLAGAK MUDA SESUDAH TUA" - akan lahirlah orang yang sudah tua tetapi perangai dan tingkah laku seolah-olah orang muda. masih rockers, playboy, pengunjung disco dlln.

Kita harus bersyukur kepada Allah kerana "menghidupkan" kita sekian lama dan isikanlah kehidupan kita ini dengan perkara-perkara yang berguna untuk dunia dan akhirat.