Thursday, January 08, 2009

LAMA TAK UPDATE

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.

Sudah lama blog ini tidak diupdate. Ini adalah kerana kebelakangan ini empunya diri berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan berbuat demikian. Mungkin akibat demam chikungunya yang menyerang. Semenjak ulangtahun hari jadi pada 25 Nov hingga ke hari ini, penyakit ini masih belum sembuh sepenuhnya. Aku reda kerana ini adalah ujian Allah buatku.

Penyakit sebenarnya diturunkan untuk menguji kita dan membuat kita lebih rapat dengan Allah. Saat-saat yang paling sukar bagiku adalah ketika bangun di waktu subuh - seluruh joint berasa sakit dan sukar untuk duduk ketika sujud dan tahyat. Namun aku kuatkan diriku untuk melawannya dan alhamdulillah sekarang sudah beransur pulih 75%.

Tahun Hijrah 1429 /2008 M telah berlalu dan kini aku lebih dewasa. Aku sentiasa berpegang kepada prinsip - "JANGAN BERLAGAK TUA KETIKA KITA MASIH MUDA" - akan lahirah orang muda yang kelihatan "haggard", lesu, berjanggut/berjambang yang tak terurus dlln sifat orang tua.

"JANGAN BERLAGAK MUDA SESUDAH TUA" - akan lahirlah orang yang sudah tua tetapi perangai dan tingkah laku seolah-olah orang muda. masih rockers, playboy, pengunjung disco dlln.

Kita harus bersyukur kepada Allah kerana "menghidupkan" kita sekian lama dan isikanlah kehidupan kita ini dengan perkara-perkara yang berguna untuk dunia dan akhirat.

1 comment:

Abu Bakar Abdulloh said...

Assalamualaikum tuan. Saya Abu Bakar bin Abdulloh. Pelajar tuan yang "nakal" di MPKI Jalan Diary (85-87 geng Shahrin & YB Abdul Rahman). Saya sekarang mengikut jejak langkah tuan, bertugas di IPG Kampus Darulaman, Jitra (Jabatan PJ). Teringin sangat nak jumpa dan cium tangan tuan.