Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Kami sekeluarga memohon maaf jika ada melakukan kesilapan kepada mana-mana pihak sempena hari yang mulia ini. Dijemput saudara dan rakan-rakan berkunjung ke rumah di Lenggong. Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin.

Wednesday, August 19, 2009

WHO AM I ?

Catatan hidupku selama 63 tahun untuk tatapan anak cucu dan sesiapa yang ingin tahu tentang diriku. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan kepadaku hidup sebegini. Selamat menonton.

Wednesday, July 22, 2009

FAMILY DAY 2009

Dari 17 hingga 19 Julai 2009 yang lalu, aku berpeluang mengadakan Hari Keluarga di Cameron Highland. Pada kali ini, semua anak, cucu dan menantu dapat hadir. Aku telah menyewa sebuah rumah 3 bilik dengan kadar RM250 bagi satu malam. Rumahnya agak selesa dan segala kelengkapan disediakan. Kami hanya perlu membawa bahan masakan sahaja.
Kami amat berpuashati kerana segala perancangan berjalan dengan lancar. Cuaca pula amat sejuk seolah-olah berada di negeri Eropah, terutama pada waktu malam. Tak perlu aircon lagi.

Insya-Allah pada tahun hadapan, aku baru terjumpa satu lagi tempat baru - kali ini bersantai bersama rusa di sebuah ladang ternakan di Lenggong. Boleh makan daging rusa sebanyak mungkin.

video

Friday, May 15, 2009

BUDAK SEKOLAH KINI

Ini cerita budak sekolah masa kini. Aku heran ramai yang buang duit mak bapak aje. Pergi sekolah awal pagi tapi tak sampai sekolah pun. Lepak kat kedai komputer main games. Lepas tu duit belanja sekolah beli rokok. Coret badan bubuh tanda - tatu, subang bukan pada telinga, dlln. Konon sebagai identiti geng.

Dah tu kalau cikgu tegur, rosakkan kereta guru dlln. Macam mana nak berkat. Target dalam hidup rendah aje - dapat kerja cukup makan, boleh bayar ansuran motor cukup. Tak target tinggi langsung. Dah tu bila nak kawin - nak yang cun dan gaji besar. Sapa yang teringin hoi...

Sedarlah anak-anakku.. kalian merupakan pewaris bangsa dan penerus generasi akan datang. Macamana nak pimpin negara kelak - jaga diri pun tak pandai?

Takut aku....

Tuesday, April 28, 2009

ADUUH TERLIURNYA













Belacan + cabai + kicap sebagai pencicah untuk mempelam kirau dan buah ananam sungguh menggiurkan. Terutama pada sebelah petang. Seronok juga bila dapat makan hasil yang kita usahakan sendiri. Siapa teringin ... mailah.

Thursday, April 23, 2009

ANAK AWAL MUHARAM

Aku telah menghitung tarikh lahirku dalam tahun Islam.
Rupa-rupanya aku dilahirkan pada 1 Muharram 1366 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin. Tak kusedari bahawa aku adalah Anak Awal Muharram. Insya-Allah selepas ini, aku akan sambut birthdayku secara Islam pada hari tersebut.

Maksud : Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Sifat : Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memberi segala nikmat yang telah kukecapi sekian lama. Sehingga kini, apa sahaja yang kuhajati telah dimakbulkan oleh Allah.

Monday, April 13, 2009

PASCA PERSARAAN

Kini telah genap 8 tahun aku bersara. Kini baru aku benar-benar rasa bersara kerana telah meletakkan semua jawatan dalam NGO. Masaku kini terluang banyak. Selain melibatkan diri secara aktif dalam radio amatur, aku juga kini menghabiskan masaku untuk meninjau dan membelai tanaman yang terdapat di sekeliling rumahku.

Hasil tanaman aku ini bukan untuk komersial tetapi untuk disedekahkan kepada tetamu dan sesiapa sahaja yang perlukannya. Jika ia sedang menghasilkan buah dan ada rakan-rakan yang berkunjung, baliknya mereka akan kubekalkan dengan cenderahati.

Selain itu, aku bercadang untuk menanam serba sedikit tanaman herba. Kadang-kadang ada juga orang kampung yang datang ke rumahku untuk mencari daun-daun ubat terutama apabila ada orang bersalin. Setakat ini yang ada ialah pokok beka/monglai (untuk mandi dan minum) Pucuk dan buahnya dibuat ulam. Pokok lengguni - pucuknya dibuat nasi ulam. Batangnya dibuat senduk nasi - awet muda katakan. Ada juga daun chapa - mandi bila demam. Serai wangi - pulihkan kesihatan badan.

Pendek kata, sekeliling rumahku adalah hijau tetapi kelemahannya nyamuk banyak - datang dari kebun getah berhampiran. Setelah di fogging hanya bertahan beberapa hari - selepas itu kembali banyak. Harap-harap tidak ada nyamuk aedes.

Monday, March 23, 2009

KISAH NENEK SIEW HONG

Nenek Siew Hong, "Lu bikin tatak patut sama lu punya emak, esok lu punya anak pun bikin tatak patut sama lu".

Pagi tadi saya sempat berbual dengan nenek Siew Hong yang datang ke rumah saya untuk mengutip suratkhabar lama. Seperti biasa dia akan merungut pelbagai perkara termasuk lah sendi2 dan pinggang nya yang dah mula sakit. Entah macam mana hari ni saya melayan beliau dengan bertanya mengenai anak2 beliau.

Sebaik sahaja topik anak nya diutarakan, airmata beliau berjurai jurai keluar. Rupa2 nya beliau memendam perasaan kekecewaan yang teramat sangat yang hanya menunggu peluang untuk diluahkan . Paparan fotos yang berikutnya saya rasa memadai untuk saya berkongsi cerita dengan para pengunjung disini. Ingatan Nenek Siew Hong kepada saya "Kalau lu bikin tak patut sama lu punya amak, nanti esok aaaa lu punya anak pun mikin itu macam sama lu":

Saya akan mengingati pesanan beliau dan harap anak2 saya pun akan membaca artikel ini.

(Terimakasih Beruangmadu "Abang Bear")


Sunday, March 15, 2009

RENUNGAN 1

PERSAHABATAN & PENGHORMATAN

Situasi 1 :

Jika semasa bertugas kita menyandang jawatan yang tinggi dan menjadi tumpuan masyarakat – maka ingatlah jika kita berada di kedudukan yang tinggi maka jatuhnya juga terlalu tinggi.

Semasa kita berkuasa, ramai orang akan mengerumuni kita, pelbagai kata puji (walaupun palsu) didengarkan. Mengeluh sahaja ‘lenguh’ ramai yang menawarkan spa dan tempat urut yang ekslusif (di dalam dan di luar negara). Mengeluh sahaja jam kita ‘lambat’ – pelbagai jenama jam yang mahal dihulurkan sebagai cenderamata.

Tetapi selepas kita ‘bersara’ – kita akan rasa kesunyian. ‘Nyamuk dan lalat’ yang sentiasa mengerumuni kita hilang entah ke mana, mencari tuan baru. Persahabatan yang dulunya rapat sebenarnya rapuh kerana lahir atas sifat tidak ikhlas dan palsu.

Situasi 2 :

Jika bertugas dulu, kita menyandang jawatan sederhana dan tidak berpengaruh. Maka naik kita tidak terlalu tinggi dan turun juga tidak terlalu tinggi.

Jika dahulu kita ada 100 rakan, selepas bersara jumlah rakan tetap kekal. Ini kerana persahabatan yang wujud adalah ikhlas dan tidak berharapkan sesuatu balasan. Persahabatan yang terjalin adalah ‘genuine’. Selepas bersara kita tidak akan terasa sunyi kerana sahabat yang ada kekal dan bertambah pula dengan sahabat baru.

Wednesday, March 11, 2009

MUSIBAH & RAHMAH


Baru-baru ini saya ‘dipaksa’ masuk ke wad 3 HD KK (selama 4 hari 3 malam mulai 4.3.09 dan discharge pada 7.3.09). Sepanjang hidup saya, inilah kali kedua saya dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan. Kali pertama dulu (1970) kerana disyaki demam malaria dan kini (2009) disyaki sakit jantung. (Wajah kelihatan berubah)

Rawatan yang diberi adalah injection ‘clexane’ setiap 12 jam selama 3 hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ‘blood clotting’ dalam saluran darah. Seterusnya saya dikehendaki mendapatkan rawatan susulan di Ipoh dengan menjalani ujian ‘echo’.

Sepanjang terdampar di katil dalam wad, fikiran saya melayang ke beberapa perkara . Kesimpulannya saya berpendapat :

Dalam sesuatu ‘musibah’ yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya terdapat sesuatu ‘rahmat’ yang tersirat.

- Diberi-Nya kita susah untuk mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat semasa kita senang.
- Diberi-Nya sakit untuk mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat semasa kita sihat.


(akan disambung…)