Kini telah genap 8 tahun aku bersara. Kini baru aku benar-benar rasa bersara kerana telah meletakkan semua jawatan dalam NGO. Masaku kini terluang banyak. Selain melibatkan diri secara aktif dalam radio amatur, aku juga kini menghabiskan masaku untuk meninjau dan membelai tanaman yang terdapat di sekeliling rumahku.
Hasil tanaman aku ini bukan untuk komersial tetapi untuk disedekahkan kepada tetamu dan sesiapa sahaja yang perlukannya. Jika ia sedang menghasilkan buah dan ada rakan-rakan yang berkunjung, baliknya mereka akan kubekalkan dengan cenderahati.
Selain itu, aku bercadang untuk menanam serba sedikit tanaman herba. Kadang-kadang ada juga orang kampung yang datang ke rumahku untuk mencari daun-daun ubat terutama apabila ada orang bersalin. Setakat ini yang ada ialah pokok beka/monglai (untuk mandi dan minum) Pucuk dan buahnya dibuat ulam. Pokok lengguni - pucuknya dibuat nasi ulam. Batangnya dibuat senduk nasi - awet muda katakan. Ada juga daun chapa - mandi bila demam. Serai wangi - pulihkan kesihatan badan.
Pendek kata, sekeliling rumahku adalah hijau tetapi kelemahannya nyamuk banyak - datang dari kebun getah berhampiran. Setelah di fogging hanya bertahan beberapa hari - selepas itu kembali banyak. Harap-harap tidak ada nyamuk aedes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment