Aku telah menghitung tarikh lahirku dalam tahun Islam.
Rupa-rupanya aku dilahirkan pada 1 Muharram 1366 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin. Tak kusedari bahawa aku adalah Anak Awal Muharram. Insya-Allah selepas ini, aku akan sambut birthdayku secara Islam pada hari tersebut.Maksud : Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
Sifat : Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memberi segala nikmat yang telah kukecapi sekian lama. Sehingga kini, apa sahaja yang kuhajati telah dimakbulkan oleh Allah.
3 comments:
very noble idea to celebrate birthday on Islamic calander birthday. Rightfully it should be so. How can I find out equivalent of 15 Oct 1948 in muslim calander?
anak sy pun lahir pada bulan muharam....semoga thn baru ini memberi kiter sejuta keberkatan dan lebih mematangkan kiter...
salam..saya nak tanya..ape lagi 3 bulan haram dalam islam..saya terdengar tadi tapi saya lupe
Post a Comment