PERSAHABATAN & PENGHORMATAN
Situasi 1 :
Jika semasa bertugas kita menyandang jawatan yang tinggi dan menjadi tumpuan masyarakat – maka ingatlah jika kita berada di kedudukan yang tinggi maka jatuhnya juga terlalu tinggi.
Semasa kita berkuasa, ramai orang akan mengerumuni kita, pelbagai kata puji (walaupun palsu) didengarkan. Mengeluh sahaja ‘lenguh’ ramai yang menawarkan spa dan tempat urut yang ekslusif (di dalam dan di luar negara). Mengeluh sahaja jam kita ‘lambat’ – pelbagai jenama jam yang mahal dihulurkan sebagai cenderamata.
Tetapi selepas kita ‘bersara’ – kita akan rasa kesunyian. ‘Nyamuk dan lalat’ yang sentiasa mengerumuni kita hilang entah ke mana, mencari tuan baru. Persahabatan yang dulunya rapat sebenarnya rapuh kerana lahir atas sifat tidak ikhlas dan palsu.
Situasi 2 :
Jika bertugas dulu, kita menyandang jawatan sederhana dan tidak berpengaruh. Maka naik kita tidak terlalu tinggi dan turun juga tidak terlalu tinggi.
Jika dahulu kita ada 100 rakan, selepas bersara jumlah rakan tetap kekal. Ini kerana persahabatan yang wujud adalah ikhlas dan tidak berharapkan sesuatu balasan. Persahabatan yang terjalin adalah ‘genuine’. Selepas bersara kita tidak akan terasa sunyi kerana sahabat yang ada kekal dan bertambah pula dengan sahabat baru.
No comments:
Post a Comment