Wednesday, March 11, 2009
MUSIBAH & RAHMAH
Baru-baru ini saya ‘dipaksa’ masuk ke wad 3 HD KK (selama 4 hari 3 malam mulai 4.3.09 dan discharge pada 7.3.09). Sepanjang hidup saya, inilah kali kedua saya dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan. Kali pertama dulu (1970) kerana disyaki demam malaria dan kini (2009) disyaki sakit jantung. (Wajah kelihatan berubah)
Rawatan yang diberi adalah injection ‘clexane’ setiap 12 jam selama 3 hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ‘blood clotting’ dalam saluran darah. Seterusnya saya dikehendaki mendapatkan rawatan susulan di Ipoh dengan menjalani ujian ‘echo’.
Sepanjang terdampar di katil dalam wad, fikiran saya melayang ke beberapa perkara . Kesimpulannya saya berpendapat :
Dalam sesuatu ‘musibah’ yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya terdapat sesuatu ‘rahmat’ yang tersirat.
- Diberi-Nya kita susah untuk mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat semasa kita senang.
- Diberi-Nya sakit untuk mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat semasa kita sihat.
(akan disambung…)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Setuju sangat dengan pendapat itu dan dengan itu hendaklah kita banyak bersyukur dan bertawakkal kepada Allah dan meninggalkan semua yang haram DAN yang samar-samar hukumnya antara haram dan tidak.
Ada satu amalan yang senang murah dan percuma je tapi kawan-kawan yang buat betul2 dapat satu perubahan yang drastik.
Minum air sebanyak 200 - 500ml setiap kali bangun tidur (pagi) sebelum solat. Air tu kalau air mineral ke ECPI ke lagi bagus. Cuba la 3 bulan, then respond how does it feels :D
ye betul ms kita susah pastiny pelbagai perkara terlintas dikepala kita...
Post a Comment