Tuesday, April 28, 2009

ADUUH TERLIURNYA













Belacan + cabai + kicap sebagai pencicah untuk mempelam kirau dan buah ananam sungguh menggiurkan. Terutama pada sebelah petang. Seronok juga bila dapat makan hasil yang kita usahakan sendiri. Siapa teringin ... mailah.

Thursday, April 23, 2009

ANAK AWAL MUHARAM

Aku telah menghitung tarikh lahirku dalam tahun Islam.
Rupa-rupanya aku dilahirkan pada 1 Muharram 1366 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin. Tak kusedari bahawa aku adalah Anak Awal Muharram. Insya-Allah selepas ini, aku akan sambut birthdayku secara Islam pada hari tersebut.

Maksud : Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Sifat : Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya anda tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, anda boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada pada anda. Di samping itu anda mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memberi segala nikmat yang telah kukecapi sekian lama. Sehingga kini, apa sahaja yang kuhajati telah dimakbulkan oleh Allah.

Monday, April 13, 2009

PASCA PERSARAAN

Kini telah genap 8 tahun aku bersara. Kini baru aku benar-benar rasa bersara kerana telah meletakkan semua jawatan dalam NGO. Masaku kini terluang banyak. Selain melibatkan diri secara aktif dalam radio amatur, aku juga kini menghabiskan masaku untuk meninjau dan membelai tanaman yang terdapat di sekeliling rumahku.

Hasil tanaman aku ini bukan untuk komersial tetapi untuk disedekahkan kepada tetamu dan sesiapa sahaja yang perlukannya. Jika ia sedang menghasilkan buah dan ada rakan-rakan yang berkunjung, baliknya mereka akan kubekalkan dengan cenderahati.

Selain itu, aku bercadang untuk menanam serba sedikit tanaman herba. Kadang-kadang ada juga orang kampung yang datang ke rumahku untuk mencari daun-daun ubat terutama apabila ada orang bersalin. Setakat ini yang ada ialah pokok beka/monglai (untuk mandi dan minum) Pucuk dan buahnya dibuat ulam. Pokok lengguni - pucuknya dibuat nasi ulam. Batangnya dibuat senduk nasi - awet muda katakan. Ada juga daun chapa - mandi bila demam. Serai wangi - pulihkan kesihatan badan.

Pendek kata, sekeliling rumahku adalah hijau tetapi kelemahannya nyamuk banyak - datang dari kebun getah berhampiran. Setelah di fogging hanya bertahan beberapa hari - selepas itu kembali banyak. Harap-harap tidak ada nyamuk aedes.