Wednesday, October 29, 2008

CERITA KAWAN (...sambungan)

Ain..ILMU. Apa saja yang kita lakukan mestilah berilmu, untuk mempastikan ianya berjaya. Tidak semestinya dalam bidang agama saja, malah dalam apa bidang sekalipun. Amalan yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan ilmu yang khusus, pastinya kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Segala usaha menjadi sia-sia.

Ain kedua..AMAL. Ilmu yang kita miliki haruslah diamalkan. Barulah ianya sempurna. Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan ibarat menanam pokok tetapi tidak dibaja dan dibelai.

Sekian analogi yang dibuat oleh kawan saya tentang orang yang tak akan cium bau syurga. Orang yang tidak ada 3 alif dan 2 ain. Sama-samalah kita renungkan dan jika sesuai jadikan panduan dan teladan untuk memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah swt.

Wallahuaalam.

Monday, October 27, 2008

CUTI DEEPAVALI

Sempena cuti umum, anak cucu pun balik ke kampung. Suasana menjadi riuh. Pelbagai rancangan diatur. Selalunya berkelah di sungai. Tapi kali ini di rumah saja. Sambil itu gotong royong mencuci kawasan.

Apabila mereka balik, tinggallah kami berdua. Suasana menjadi sunyi kembali sehingga cuti seterusnya.

Sunday, October 26, 2008

Cerita Kawan

Ada sorang kawan lain. Dia tanya saya "Siapakah yang tak dpt cium bau syurga". Sekali lagi saya tak dapat jawab dengan tepat. Akhirnya dia bagi penjelasan.

Katanya "Orang yg tak dapat cium bau syurga adalah orang yang tiada 3 alif dan 2 ain".

Sekali lagi saya termangu. Tak dapat mencari jawapan dengan tepat. Saya agak hairan, kenapa rakan-rakan saya ni suka sangat berteka-teki. Mungkin untuk menguji IQ saya.

Alif yang pertama bermaksud ISLAM. Ertinya orang yang bukan Islam tentunya tidak akan dapat cium bau syurga.

Alif kedua bermaksud IMAN. Kalau Islam saja tetapi tidak beriman, menjadikan hidup kita sia-sia sahaja. Terkini ramai terdapat orang yang tergolong dalam kumpulan ini. Lahiriahnya menganut Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam.

Alif ketiga ialah IKHLAS. Setiap yang kita lakukan hendaklah secara ikhlas. Selalu kita lihat, kadang-kadang terdapat orang kita yang membuat kerja secara tidak ikhlas. Hendak menyampai derma pun terpaksa buat "dummy check" dan panggil pemberita. Sedangkan jika tangan kanan memberi, tangan kiri sepatutnya tidak tahu.

(Nanti saya sambung untuk menerangkan 2 Ain... tunggu)

Friday, October 24, 2008

KEBAHAGIAAN HIDUP

Hidup ini tidak kekal. Dan yang pentingnya adalah apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Apakah amalan kita dan apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara. Namun kita harus mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Teringat saya kepada seorang rakan, katanya "Apakah rukun hidup?" Setelah saya menggaru kepala mencari jawapan, lantas dia berkata "Rukun hidup ada lima". Saya masih termangu. Yang saya tahu Rukun Iman ada 6 dan Rukun Islam ada 5. Tak tahu pulak ada rukun hidup.

Setelah saya tidak menjawab dengan tepat, terus diberikannya jawapan. Katanya "Rukun hidup ada lima - Makan, minum, tidur, berak dan kencing. Cuba kalau hilang salah satu, tidakkah sengsara hidup kita?"

Saya amat bersetuju dengan pendapatnya. Bayangkan berapa hari yang kita boleh bertahan untuk tidak melakukan salah satu dari perkara di atas. Jika kita kaya dengan harta dan wang sekalipun, kurang salah satu di atas juga menyebabkan hidup kita tidak bahagia.

Bila semua aspek itu sempurna, maka mudahlah kita beribadat, melakukan perkara-perkara kebaikan dlln. sebagai pengisian hidup ini.

Sunday, October 05, 2008

HARI RAYA

Hari Raya Puasa adalah suatu hari yang diraikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Meraikan kejayaan mengatasi dugaan dan ujian keimanan sepanjang Ramadan.

Di Malaysia, budaya 'balik kampung' adalah paling popular. Lebuhraya dan jalanraya 'jam' di sana sini. Tidak kurang juga yang tidak sempat beraya kerana kecundang dalam kemalangan jalan raya. Kita amat bersimpati dengan golongan ini. Segalanya mungkin berpunca daripada sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri. Walaupun kerajaan telah memberi pelbagai ingatan tetapi ada yang tidak mengindahkannya.

Hari Raya juga majoriti dilihat memperagakan baju baru, menyajikan masakan enak dan kuih muih yang menarik. Kunjung mengunjungi sanak - saudara dan sahabat handai. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk berlibur ke tempat-tempat yang menarik.

Rumah saya juga tidak kurang pengunjungnya. Anak cucu dan saudara mara juga telah datang. Suasana mejadi sungguh meriah dan riang walaupun dengan pelbagai karenah mereka.

Bagi kanak-kanak, disamping menikmati juadah yang disediakan, objektif utama mereka adalah untuk mengutip sebanyak mungkin 'duit raya'. Mereka membandingkan pendapatan masing-masing setiap ketika. Masing-masing merancang untuk membeli barang idaman.

Sebulan kita berpuasa dan majlis hari raya juga berlangsung selama sebulan. Apa yang jimatkan semasa berpuasa, kini di 'top up' semasa beraya.

Bagi rakan-rakan radio amatur, ramai juga yang mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan rakan-rakan lokalan. Walaupun baru berkenalan tetapi kemesraan terjalin seolah telah lama berkenalan. Itulah keunikan dunia radio amatur.

Thursday, October 02, 2008

RIBUT KENCANG

Baru-baru ini ribut kuat (ala puting beliung) berserta hujan lebat telah melanda di Lenggong. Kawasan rumah saya juga tidak terlepas. Alhamdulillah tidak banyak kerosakan berlaku. Cuma kawasan persekitaran sahaja yang terlibat. Sepanjang hayat, inilah kali pertama saya menyaksikan ribut yang sebegini. Dapat saya bayangkan bagaimana perasaan orang yang menghadapi puting beliung yang sebenar.

Recently a storm attacked my house compound. This slide shows the aftermath of the storm. I was quite terrified. This is my first experience.