
Tapi pada hari Isnin malam, aku telah menggigil kesejukan sehingga berselimutkan toto dan gebar serta memakai jaket. Segala sendiku sakit (athritis). Perut meloya dan muntah. Aku menjadi risau kerana itu merupakan symptom chikungunya.
Jadi segala perancangan dibatalkan. Aku telah pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta dan dinasihatkan supaya berehat dan minum air banyak. 3 hari cuti yang aku dapat ini akan kugunakan untuk berehat serehat-rehatnya. 2 orang anak lelakiku telah bergegas balik dari Ipoh kerana risaukanku. Tetapi sebelum mereka sampai, Pak Tam Majid telah membawaku ke klinik. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka.
Di tepi katilku aku telah letakkan perkara-perkara yang menjadi keperluanku. (Walkie talkie, ubatan, rokok, ash tray, air masak, telefon, tisu paper, towel kecil dan pistol tembak cicak)
Alhamdulillah, hari ini aku telah boleh mencatat sesuatu di sini. Selagi jari-jari ini boleh mencatat sesuatu di sini, rasanya penyakit tu taklah teruk sangat.