Hari jadiku yang ke 63 jatuh pada 25 November. Pada hari selasa. Kebetulan aku juga dilahirkan pada hari Selasa. Perancangan telah diatur. Hari itu aku dijangka ke KL menghantar saudara yang hendak ke Mekah. Selepa itu terus ke Melaka menziarah "room mate" masa varsiti yg hendak ke Mekah juga. Cuti juga telah ku perolehi selama 3 hari.
Tapi pada hari Isnin malam, aku telah menggigil kesejukan sehingga berselimutkan toto dan gebar serta memakai jaket. Segala sendiku sakit (athritis). Perut meloya dan muntah. Aku menjadi risau kerana itu merupakan symptom chikungunya.
Jadi segala perancangan dibatalkan. Aku telah pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta dan dinasihatkan supaya berehat dan minum air banyak. 3 hari cuti yang aku dapat ini akan kugunakan untuk berehat serehat-rehatnya. 2 orang anak lelakiku telah bergegas balik dari Ipoh kerana risaukanku. Tetapi sebelum mereka sampai, Pak Tam Majid telah membawaku ke klinik. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka.
Di tepi katilku aku telah letakkan perkara-perkara yang menjadi keperluanku. (Walkie talkie, ubatan, rokok, ash tray, air masak, telefon, tisu paper, towel kecil dan pistol tembak cicak)
Alhamdulillah, hari ini aku telah boleh mencatat sesuatu di sini. Selagi jari-jari ini boleh mencatat sesuatu di sini, rasanya penyakit tu taklah teruk sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment