Monday, March 23, 2009

KISAH NENEK SIEW HONG

Nenek Siew Hong, "Lu bikin tatak patut sama lu punya emak, esok lu punya anak pun bikin tatak patut sama lu".

Pagi tadi saya sempat berbual dengan nenek Siew Hong yang datang ke rumah saya untuk mengutip suratkhabar lama. Seperti biasa dia akan merungut pelbagai perkara termasuk lah sendi2 dan pinggang nya yang dah mula sakit. Entah macam mana hari ni saya melayan beliau dengan bertanya mengenai anak2 beliau.

Sebaik sahaja topik anak nya diutarakan, airmata beliau berjurai jurai keluar. Rupa2 nya beliau memendam perasaan kekecewaan yang teramat sangat yang hanya menunggu peluang untuk diluahkan . Paparan fotos yang berikutnya saya rasa memadai untuk saya berkongsi cerita dengan para pengunjung disini. Ingatan Nenek Siew Hong kepada saya "Kalau lu bikin tak patut sama lu punya amak, nanti esok aaaa lu punya anak pun mikin itu macam sama lu":

Saya akan mengingati pesanan beliau dan harap anak2 saya pun akan membaca artikel ini.

(Terimakasih Beruangmadu "Abang Bear")


Sunday, March 15, 2009

RENUNGAN 1

PERSAHABATAN & PENGHORMATAN

Situasi 1 :

Jika semasa bertugas kita menyandang jawatan yang tinggi dan menjadi tumpuan masyarakat – maka ingatlah jika kita berada di kedudukan yang tinggi maka jatuhnya juga terlalu tinggi.

Semasa kita berkuasa, ramai orang akan mengerumuni kita, pelbagai kata puji (walaupun palsu) didengarkan. Mengeluh sahaja ‘lenguh’ ramai yang menawarkan spa dan tempat urut yang ekslusif (di dalam dan di luar negara). Mengeluh sahaja jam kita ‘lambat’ – pelbagai jenama jam yang mahal dihulurkan sebagai cenderamata.

Tetapi selepas kita ‘bersara’ – kita akan rasa kesunyian. ‘Nyamuk dan lalat’ yang sentiasa mengerumuni kita hilang entah ke mana, mencari tuan baru. Persahabatan yang dulunya rapat sebenarnya rapuh kerana lahir atas sifat tidak ikhlas dan palsu.

Situasi 2 :

Jika bertugas dulu, kita menyandang jawatan sederhana dan tidak berpengaruh. Maka naik kita tidak terlalu tinggi dan turun juga tidak terlalu tinggi.

Jika dahulu kita ada 100 rakan, selepas bersara jumlah rakan tetap kekal. Ini kerana persahabatan yang wujud adalah ikhlas dan tidak berharapkan sesuatu balasan. Persahabatan yang terjalin adalah ‘genuine’. Selepas bersara kita tidak akan terasa sunyi kerana sahabat yang ada kekal dan bertambah pula dengan sahabat baru.

Wednesday, March 11, 2009

MUSIBAH & RAHMAH


Baru-baru ini saya ‘dipaksa’ masuk ke wad 3 HD KK (selama 4 hari 3 malam mulai 4.3.09 dan discharge pada 7.3.09). Sepanjang hidup saya, inilah kali kedua saya dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan. Kali pertama dulu (1970) kerana disyaki demam malaria dan kini (2009) disyaki sakit jantung. (Wajah kelihatan berubah)

Rawatan yang diberi adalah injection ‘clexane’ setiap 12 jam selama 3 hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ‘blood clotting’ dalam saluran darah. Seterusnya saya dikehendaki mendapatkan rawatan susulan di Ipoh dengan menjalani ujian ‘echo’.

Sepanjang terdampar di katil dalam wad, fikiran saya melayang ke beberapa perkara . Kesimpulannya saya berpendapat :

Dalam sesuatu ‘musibah’ yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas hamba-Nya terdapat sesuatu ‘rahmat’ yang tersirat.

- Diberi-Nya kita susah untuk mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat semasa kita senang.
- Diberi-Nya sakit untuk mengingatkan kita tentang apa yang telah kita buat semasa kita sihat.


(akan disambung…)