Monday, October 27, 2008

CUTI DEEPAVALI

Sempena cuti umum, anak cucu pun balik ke kampung. Suasana menjadi riuh. Pelbagai rancangan diatur. Selalunya berkelah di sungai. Tapi kali ini di rumah saja. Sambil itu gotong royong mencuci kawasan.

Apabila mereka balik, tinggallah kami berdua. Suasana menjadi sunyi kembali sehingga cuti seterusnya.

Sunday, October 26, 2008

Cerita Kawan

Ada sorang kawan lain. Dia tanya saya "Siapakah yang tak dpt cium bau syurga". Sekali lagi saya tak dapat jawab dengan tepat. Akhirnya dia bagi penjelasan.

Katanya "Orang yg tak dapat cium bau syurga adalah orang yang tiada 3 alif dan 2 ain".

Sekali lagi saya termangu. Tak dapat mencari jawapan dengan tepat. Saya agak hairan, kenapa rakan-rakan saya ni suka sangat berteka-teki. Mungkin untuk menguji IQ saya.

Alif yang pertama bermaksud ISLAM. Ertinya orang yang bukan Islam tentunya tidak akan dapat cium bau syurga.

Alif kedua bermaksud IMAN. Kalau Islam saja tetapi tidak beriman, menjadikan hidup kita sia-sia sahaja. Terkini ramai terdapat orang yang tergolong dalam kumpulan ini. Lahiriahnya menganut Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam.

Alif ketiga ialah IKHLAS. Setiap yang kita lakukan hendaklah secara ikhlas. Selalu kita lihat, kadang-kadang terdapat orang kita yang membuat kerja secara tidak ikhlas. Hendak menyampai derma pun terpaksa buat "dummy check" dan panggil pemberita. Sedangkan jika tangan kanan memberi, tangan kiri sepatutnya tidak tahu.

(Nanti saya sambung untuk menerangkan 2 Ain... tunggu)

Friday, October 24, 2008

KEBAHAGIAAN HIDUP

Hidup ini tidak kekal. Dan yang pentingnya adalah apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Apakah amalan kita dan apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara. Namun kita harus mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Teringat saya kepada seorang rakan, katanya "Apakah rukun hidup?" Setelah saya menggaru kepala mencari jawapan, lantas dia berkata "Rukun hidup ada lima". Saya masih termangu. Yang saya tahu Rukun Iman ada 6 dan Rukun Islam ada 5. Tak tahu pulak ada rukun hidup.

Setelah saya tidak menjawab dengan tepat, terus diberikannya jawapan. Katanya "Rukun hidup ada lima - Makan, minum, tidur, berak dan kencing. Cuba kalau hilang salah satu, tidakkah sengsara hidup kita?"

Saya amat bersetuju dengan pendapatnya. Bayangkan berapa hari yang kita boleh bertahan untuk tidak melakukan salah satu dari perkara di atas. Jika kita kaya dengan harta dan wang sekalipun, kurang salah satu di atas juga menyebabkan hidup kita tidak bahagia.

Bila semua aspek itu sempurna, maka mudahlah kita beribadat, melakukan perkara-perkara kebaikan dlln. sebagai pengisian hidup ini.

Sunday, October 05, 2008

HARI RAYA

Hari Raya Puasa adalah suatu hari yang diraikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Meraikan kejayaan mengatasi dugaan dan ujian keimanan sepanjang Ramadan.

Di Malaysia, budaya 'balik kampung' adalah paling popular. Lebuhraya dan jalanraya 'jam' di sana sini. Tidak kurang juga yang tidak sempat beraya kerana kecundang dalam kemalangan jalan raya. Kita amat bersimpati dengan golongan ini. Segalanya mungkin berpunca daripada sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri. Walaupun kerajaan telah memberi pelbagai ingatan tetapi ada yang tidak mengindahkannya.

Hari Raya juga majoriti dilihat memperagakan baju baru, menyajikan masakan enak dan kuih muih yang menarik. Kunjung mengunjungi sanak - saudara dan sahabat handai. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk berlibur ke tempat-tempat yang menarik.

Rumah saya juga tidak kurang pengunjungnya. Anak cucu dan saudara mara juga telah datang. Suasana mejadi sungguh meriah dan riang walaupun dengan pelbagai karenah mereka.

Bagi kanak-kanak, disamping menikmati juadah yang disediakan, objektif utama mereka adalah untuk mengutip sebanyak mungkin 'duit raya'. Mereka membandingkan pendapatan masing-masing setiap ketika. Masing-masing merancang untuk membeli barang idaman.

Sebulan kita berpuasa dan majlis hari raya juga berlangsung selama sebulan. Apa yang jimatkan semasa berpuasa, kini di 'top up' semasa beraya.

Bagi rakan-rakan radio amatur, ramai juga yang mengambil peluang ini untuk berkenalan dengan rakan-rakan lokalan. Walaupun baru berkenalan tetapi kemesraan terjalin seolah telah lama berkenalan. Itulah keunikan dunia radio amatur.

Thursday, October 02, 2008

RIBUT KENCANG

Baru-baru ini ribut kuat (ala puting beliung) berserta hujan lebat telah melanda di Lenggong. Kawasan rumah saya juga tidak terlepas. Alhamdulillah tidak banyak kerosakan berlaku. Cuma kawasan persekitaran sahaja yang terlibat. Sepanjang hayat, inilah kali pertama saya menyaksikan ribut yang sebegini. Dapat saya bayangkan bagaimana perasaan orang yang menghadapi puting beliung yang sebenar.

Recently a storm attacked my house compound. This slide shows the aftermath of the storm. I was quite terrified. This is my first experience.

Monday, June 30, 2008

AMATEUR RADIO

Semasa muda dahulu, radio amatur kurang dikenali malahan langsung tiada publisiti tentangnya. Semasa persekolahan maklumat yang diberi cuma sekadar pengetahuan asas sahaja dan untuk menjadi ahli hanyalah untuk orang-orang tertentu sahaja.
Tetapi kini ia sudah menjadi suatu hobi yang digemari ramai terutama di kalangan orang-orang muda. Apabila anak perempuan saya dan dua orang menantu balik, mereka berbual tentang radio amatur - lantas saya terasa ada sesuatu yang saya ketinggalan. Walaupun mereka mengatakan sukar untuk lulus ujian RA, ada yang mengambilnya hingga beberapa kali, namun saya menyatakan ingin mencuba. Saya ingin buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya. Yang penting perlu ada usaha dan kesungguhan dalam apa saja yang kita lakukan.
Alhamdulillah, sekali duduk saya telah berjaya dan kini saya berasa hidup ini lebih sempurna dan telah dapat suatu pengalaman baru serta mendapat ramai kenalan baru. Saya mendapat callsign- 9w2ssy (Pakdino).
============
During my younger days, the world of amateur radio was only for a privileged few. There was no publicity and I had only a basic knowledge about it.
But now I'm actively involved in the world of amateur radio (ham). Actually it all started when I wanted to prove to my children that age is not a hinderance to enhance your capabilities and knowledge. They told me that it's difficult to pass the Radio Amateur Exam. Luckily I was proven right and manage to pass the exam at one sitting.
Presently I'm using the callsign 9W2SSY (Pakdino) and conducting free classes and guidance for newbies

Thursday, June 26, 2008

VISIT TO CAIRO & ALEXANDRIA

In June I had the chance to visit both the two cities. The weather was very hot. I was totaly amazed looking at the Giza pyramids. Attended dinner while cruising the Nile and watching the belly dancing lady. Both the cities had narrow streets and traffic was always jammed but my bus driver skillfully meandered thru. Cairo is beautifully lit at night but looks dull in the daylight.
The sellers there were always trying to fleece away your money. Prices of goods was at their whims and fancy. You have to scout around before buying in order to get a good price.
Alexandria is a city that blends western and islamic cultures. Ruins from the Roman and Pharaoh period can easily be seen. Mosques are in abundance sometimes 3 stood side by side.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam bulan Jun saya berkesempatan melawat Kaherah dan Alexandria. Menyaksikan piramid dan makan malam di atas kapal di sungai nil. Pemandangan malam lebih cantik dari siang. Harga barangan diletakkan secara gila-gila terutama untuk pelancong. Mesti pandai tawar menawar. Terdapat gabungan budaya islam, kristian, roman dan Mesir purba. Keseluruhannya satu pengalaman yang menggembirakan.


Saturday, May 31, 2008

LAWATAN KE MEDAN



Sekali sekala melepaskan kebas, saya dan family suka melancong ke tempat-tempat menarik sama ada dalam atau luar negara. Baru-baru ini kami berpeluang melawat bandar Medan di Sumatera Utara.

Pemergian kali pertama pada 19.4.08, walaupun telah 'check in' terpaksa dibatalkan akibat rakan yang turut serta telah diserang 'angin'/sukar bernafas. Beliau terpaksa dimasukkan ke Hospital Pantai Mutiara selama 4 hari. Setelah keadaannya stabil, saya dan keluarga telah menukar haluan ke lawatan sekitar Utara Malaysia serta balik melalui Pengkalan Hulu.

Tetapi pada 10.5.08, setelah membayar beberapa 'penalti' kami telah membuat lawatan ke Medan selama 3 hari 2 malam. Kali ini semuanya berjalan seperti dirancang tanpa sebarang halangan. Bagi saya, ini adalah kali ke 5 saya ke Medan dan saya dapati tidak ada perkara baru yang menarik. Tetapi berlainan bagi isteri dan anak yang merupakan lawatan pertama. Letih saya menemani mereka membeli-belah. Kalau boleh seluruh Medan nak di beli mereka.. maklumlah setelah menjadi 'jutawan rupiah'.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Insya-Allah pada 8.6.2008 kami akan mengerjakan Umrah dan Ziarah ke Cairo, Mesir.

Tuesday, January 29, 2008

HONOURS RECEIVED/PENGHORMATAN DITERIMA

Senarai penghormatan yang telah diterima sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan. Saat-saat yang tidak dapat dilupakan yang telah mewarnai hidup ini. (The honours given to me by the authorities for my services as a government employee and contributions to society)

Thursday, January 24, 2008