Awal bulan ini aku telah mengubahsuai keadaan rumahku. Ini adalah kerana keadaan dinding papan telah di makan anai-anai. Jadi terpaksalah diganti dengan batu.
Kerja mengubahsuai memang merunsingkan kerana terpaksa menyusun barang-barang dalam rumah. Tambahan pula laluan untuk membawa simen basah terpaksa menggunakan kawasan dalam rumah. Jadi tiap hari terpaksa dicuci.
Hingga kini, kerja-kerja sudah 95% selesai.
Monday, December 22, 2008
Wednesday, November 26, 2008
HARI JADIKU KE 63
Hari jadiku yang ke 63 jatuh pada 25 November. Pada hari selasa. Kebetulan aku juga dilahirkan pada hari Selasa. Perancangan telah diatur. Hari itu aku dijangka ke KL menghantar saudara yang hendak ke Mekah. Selepa itu terus ke Melaka menziarah "room mate" masa varsiti yg hendak ke Mekah juga. Cuti juga telah ku perolehi selama 3 hari.Tapi pada hari Isnin malam, aku telah menggigil kesejukan sehingga berselimutkan toto dan gebar serta memakai jaket. Segala sendiku sakit (athritis). Perut meloya dan muntah. Aku menjadi risau kerana itu merupakan symptom chikungunya.
Jadi segala perancangan dibatalkan. Aku telah pergi mendapatkan rawatan di klinik swasta dan dinasihatkan supaya berehat dan minum air banyak. 3 hari cuti yang aku dapat ini akan kugunakan untuk berehat serehat-rehatnya. 2 orang anak lelakiku telah bergegas balik dari Ipoh kerana risaukanku. Tetapi sebelum mereka sampai, Pak Tam Majid telah membawaku ke klinik. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka.
Di tepi katilku aku telah letakkan perkara-perkara yang menjadi keperluanku. (Walkie talkie, ubatan, rokok, ash tray, air masak, telefon, tisu paper, towel kecil dan pistol tembak cicak)
Alhamdulillah, hari ini aku telah boleh mencatat sesuatu di sini. Selagi jari-jari ini boleh mencatat sesuatu di sini, rasanya penyakit tu taklah teruk sangat.
Saturday, November 22, 2008
FAMILY DAY 2008
On the 15th November 2008 we had our annual family gathering. It's one way of binding closer ties among my children. The expenditure for this outing has been collected monthly starting from the beginning of the year. One of them was chosen as the treasurer. All decision was done collectively. This time my children chose Teluk Senangin near Lumut as our destination.
Unluckily, two of my sons couldn't make it due to unforseen circumstances - one couldn't get his leave and the other is still celebrating his first newly born son- (One week old).
No matter how, it was quite an enjoyable weekend and everybody enjoyed. We now look forward to next year's outing - it seems that next year it will be held overseas.
(Feel free to view the video on the side panel, thank you)

Sunday, November 09, 2008
Anugerah
Pada hari Jumaat 7.11.2008 aku telah dianugerah oleh Allah title 'datuk' bagi kali ke 8. Pada petang itu aku menerima panggilan dari harmonik di Ipoh mengatakan isterinya (menantu) telah dimasukkan ke wad bersalin kerana sudah sampai masa untuk 'delivery'.
XYL ku resah gelisah dan mendesak aku bersiap untuk segera ke sana. Tapi aku cuba menenangk
annya dan membuat ramalan bahawa saat yang ditunggu akan tiba hanya selepas Isya. Aku tidak mahu menunggu terlalu lama di ruang lobi/menanti di hospital. Terutama pula di situ adalah kawasan yang tidak boleh 'berasap'. Pengalaman2 yang lalu sudah memasakkan diriku tentang saat2 begitu.
Namun pada hari itu, terpaksa juga aku mengalaminya sekali lagi. Maka berlepaklah kami di lobby wad bersalin bermula dari jam 6 ptg hingga 9.30 malam (saat delivery). Mereka dikurniakan seorang harmonik lelaki. Walau bagaimanapun segala-galanya cuma selesai pada jam 1.00 pagi. Aku bersyukur kepada Allah kerana segalanya sempurna dengan baik dan kedua-dua mereka selamat dari segala bahaya.
Aku bertolak balik ke Lenggong dan tiba di rumah jam 3 pagi kerana pada pagi Sabtu aku telah berjanji untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar SK Felda Lawin Utara.
XYL ku resah gelisah dan mendesak aku bersiap untuk segera ke sana. Tapi aku cuba menenangk
Namun pada hari itu, terpaksa juga aku mengalaminya sekali lagi. Maka berlepaklah kami di lobby wad bersalin bermula dari jam 6 ptg hingga 9.30 malam (saat delivery). Mereka dikurniakan seorang harmonik lelaki. Walau bagaimanapun segala-galanya cuma selesai pada jam 1.00 pagi. Aku bersyukur kepada Allah kerana segalanya sempurna dengan baik dan kedua-dua mereka selamat dari segala bahaya.
Aku bertolak balik ke Lenggong dan tiba di rumah jam 3 pagi kerana pada pagi Sabtu aku telah berjanji untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar SK Felda Lawin Utara.
Monday, November 03, 2008
GUMBIRA
Hari ini aku berasa sungguh gembira. Petang tadi aku didatangi seorang amoy Cina untuk membuat kaji selidik tentang suatu produk. Dia bukan seorang jurujual. Cuma ingin bertanya beberapa soalan kajiselidiknya.
Setelah kami berbual seketika, terkeluar pertanyaan daripada mulutnya, "Abang umur berapa?"
Aku menjawab "Umur saya 63 tahun."
Katanya (sambil senyum), "Wah, bapa saya juga umur serupa. Tapi fasal apa papa saya nampak lebih tua dari abang?"
Kataku, "Macam tu awak kena panggil saya uncle. Abang tak betul. Dan bagitau papa awak, dalam hidup ini jangan terlalu serius, enjoy and be happy, masaalah jangan dicari and be thankful to God"
Aku senyum dan isteriku juga tersenyum.
---------------
Pengajarannya - bukan susah untuk membuat seseorang itu gembira. Tak perlu menggunakan wang. Tak perlu berbelanja. Cuma kita perlu senyum dan berkata dengan kata-kata yang manis.

Saturday, November 01, 2008
BERKAWAN
Kata orang, jika kita berkawan dengan lebah, kita akan dibawa ke tempat yang manis dan bermadu.
Jika kita berkawan pula dengan lalat, kita akan dibawa ke tempat yang busuk.
Tetapi jika kita berkawan dengan lebah-lalat, kita akan dibawa ke tempat manis dan busuk.
Berkawan dengan binatang buas, semacam mana baiknya dia, satu hari kita dibaham juga.
Kata Hadis:
Berkawan dengan penjual minyak wangi, harumnya akan melekat kepada badan kita.
Berkawan dengan tukang besi, kalau tak kena percikan api, bahangnya terasa juga.
Oleh itu - berhati-hatilah dalam memilih kawan agar kita sentiasa dipelihara daripada godaan syaitan yang memang dicipta untuk merosakkan manusia.

Wednesday, October 29, 2008
CERITA KAWAN (...sambungan)
Ain..ILMU. Apa saja yang kita lakukan mestilah berilmu, untuk mempastikan ianya berjaya. Tidak semestinya dalam bidang agama saja, malah dalam apa bidang sekalipun. Amalan yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan ilmu yang khusus, pastinya kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Segala usaha menjadi sia-sia.
Ain kedua..AMAL. Ilmu yang kita miliki haruslah diamalkan. Barulah ianya sempurna. Ilmu yang ada tetapi tidak diamalkan ibarat menanam pokok tetapi tidak dibaja dan dibelai.
Sekian analogi yang dibuat oleh kawan saya tentang orang yang tak akan cium bau syurga. Orang yang tidak ada 3 alif dan 2 ain. Sama-samalah kita renungkan dan jika sesuai jadikan panduan dan teladan untuk memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah swt.
Wallahuaalam.

Monday, October 27, 2008
CUTI DEEPAVALI
Sempena cuti umum, anak cucu pun balik ke kampung. Suasana menjadi riuh. Pelbagai rancangan diatur. Selalunya berkelah di sungai. Tapi kali ini di rumah saja. Sambil itu gotong royong mencuci kawasan.
Apabila mereka balik, tinggallah kami berdua. Suasana menjadi sunyi kembali sehingga cuti seterusnya.

Sunday, October 26, 2008
Cerita Kawan
Ada sorang kawan lain. Dia tanya saya "Siapakah yang tak dpt cium bau syurga". Sekali lagi saya tak dapat jawab dengan tepat. Akhirnya dia bagi penjelasan.
Katanya "Orang yg tak dapat cium bau syurga adalah orang yang tiada 3 alif dan 2 ain".
Sekali lagi saya termangu. Tak dapat mencari jawapan dengan tepat. Saya agak hairan, kenapa rakan-rakan saya ni suka sangat berteka-teki. Mungkin untuk menguji IQ saya.
Alif yang pertama bermaksud ISLAM. Ertinya orang yang bukan Islam tentunya tidak akan dapat cium bau syurga.
Alif kedua bermaksud IMAN. Kalau Islam saja tetapi tidak beriman, menjadikan hidup kita sia-sia sahaja. Terkini ramai terdapat orang yang tergolong dalam kumpulan ini. Lahiriahnya menganut Islam tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam.
Alif ketiga ialah IKHLAS. Setiap yang kita lakukan hendaklah secara ikhlas. Selalu kita lihat, kadang-kadang terdapat orang kita yang membuat kerja secara tidak ikhlas. Hendak menyampai derma pun terpaksa buat "dummy check" dan panggil pemberita. Sedangkan jika tangan kanan memberi, tangan kiri sepatutnya tidak tahu.
(Nanti saya sambung untuk menerangkan 2 Ain... tunggu)

Friday, October 24, 2008
KEBAHAGIAAN HIDUP
Hidup ini tidak kekal. Dan yang pentingnya adalah apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita. Apakah amalan kita dan apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara. Namun kita harus mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Teringat saya kepada seorang rakan, katanya "Apakah rukun hidup?" Setelah saya menggaru kepala mencari jawapan, lantas dia berkata "Rukun hidup ada lima". Saya masih termangu. Yang saya tahu Rukun Iman ada 6 dan Rukun Islam ada 5. Tak tahu pulak ada rukun hidup.
Setelah saya tidak menjawab dengan tepat, terus diberikannya jawapan. Katanya "Rukun hidup ada lima - Makan, minum, tidur, berak dan kencing. Cuba kalau hilang salah satu, tidakkah sengsara hidup kita?"
Saya amat bersetuju dengan pendapatnya. Bayangkan berapa hari yang kita boleh bertahan untuk tidak melakukan salah satu dari perkara di atas. Jika kita kaya dengan harta dan wang sekalipun, kurang salah satu di atas juga menyebabkan hidup kita tidak bahagia.
Bila semua aspek itu sempurna, maka mudahlah kita beribadat, melakukan perkara-perkara kebaikan dlln. sebagai pengisian hidup ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)