
Kami sekeluarga memohon maaf jika ada melakukan kesilapan kepada mana-mana pihak sempena hari yang mulia ini. Dijemput saudara dan rakan-rakan berkunjung ke rumah di Lenggong. Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin.
It's nice to have a place to record all my 63 years of life that I've gone through. The experience and hardship, the interesting places I've visited, the fascinating country I live in and the wonderful family I have.
Pagi tadi saya sempat berbual dengan nenek Siew Hong yang datang ke rumah saya untuk mengutip suratkhabar lama. Seperti biasa dia akan merungut pelbagai perkara termasuk lah sendi2 dan pinggang nya yang dah mula sakit. Entah macam mana hari ni saya melayan beliau dengan bertanya mengenai anak2 beliau.
Sebaik sahaja topik anak nya diutarakan, airmata beliau berjurai jurai keluar. Rupa2 nya beliau memendam perasaan kekecewaan yang teramat sangat yang hanya menunggu peluang untuk diluahkan . Paparan fotos yang berikutnya saya rasa memadai untuk saya berkongsi cerita dengan para pengunjung disini. Ingatan Nenek Siew Hong kepada saya "Kalau lu bikin tak patut sama lu punya amak, nanti esok aaaa lu punya anak pun mikin itu macam sama lu":
Saya akan mengingati pesanan beliau dan harap anak2 saya pun akan membaca artikel ini.
(Terimakasih Beruangmadu "Abang Bear")
PERSAHABATAN & PENGHORMATAN
Situasi 1 :
Jika semasa bertugas kita menyandang jawatan yang tinggi dan menjadi tumpuan masyarakat – maka ingatlah jika kita berada di kedudukan yang tinggi maka jatuhnya juga terlalu tinggi.
Semasa kita berkuasa, ramai orang akan mengerumuni kita, pelbagai kata puji (walaupun palsu) didengarkan. Mengeluh sahaja ‘lenguh’ ramai yang menawarkan spa dan tempat urut yang ekslusif (di dalam dan di luar negara). Mengeluh sahaja jam kita ‘lambat’ – pelbagai jenama jam yang mahal dihulurkan sebagai cenderamata.
Tetapi selepas kita ‘bersara’ – kita akan rasa kesunyian. ‘Nyamuk dan lalat’ yang sentiasa mengerumuni kita hilang entah ke mana, mencari tuan baru. Persahabatan yang dulunya rapat sebenarnya rapuh kerana lahir atas sifat tidak ikhlas dan palsu.
Situasi 2 :
Jika bertugas dulu, kita menyandang jawatan sederhana dan tidak berpengaruh. Maka naik kita tidak terlalu tinggi dan turun juga tidak terlalu tinggi.
Jika dahulu kita ada 100 rakan, selepas bersara jumlah rakan tetap kekal. Ini kerana persahabatan yang wujud adalah ikhlas dan tidak berharapkan sesuatu balasan. Persahabatan yang terjalin adalah ‘genuine’. Selepas bersara kita tidak akan terasa sunyi kerana sahabat yang ada kekal dan bertambah pula dengan sahabat baru.
Pada zaman dahulu di Tanah Besar
Peribadi mereka saling berbeza dan Li Li rasa marah dgn kebanyakan perangai ibu mertuanya itu. Lebih-lebih lagi ibu mertuanya sering sekali mengkritik Li Li.
Hari dan minggu berlalu. Li Li dan ibu mertuanya sudah semakin kerap berbalah dan berkelahi. Tapi apa yg membuatkan keadaan lebih buruk lagi, Li Li mestilah tunduk kepada ibu mertuanya dan menuruti segala kehendaknya seperti kemahuan tradisi
Akhirnya, Li Li dah tak tahan dgn perangai ibu mertuanya yg panas baran dan terlalu pemerintah. Dia mengambil keputusan utk berbuat sesuatu mengenainya. Li Li pergi menemui kawan baik bapanya yg merupakan seorang tabib. Dia terangkan keadaannya dan bertanya jika tabib itu boleh memberikannya racun yg akan menyelesaikan masalah tersebut selama-lamanya.
Tabib tersebut berfikir sejenak dan akhirnya berkata, “\Li Li, Saya akan bantu utk selesaikan masalah kamu, tapi kamu mesti dengar cakap pakcik dan turuti apa yg pakcik arahkan kamu”
Li Li kata, “Baiklah pakcik, Saya akan lakukan apa saja yang pakcik suruh saya buat”.
Tabib tersebut pergi ke bilik belakang dan kembali beberapa minit kemudian dengan beberapa bungkusan herba di tangan.
Dia beritahu Li Li, “Kamu tak boleh gunakan racun yg cepat menyerang utk membunuh ibu mertua kamu utk mengelakkan orang jadi curiga. Jadi, pakcik berikan kamu beberapa herba yg akan mengeluarkan racun dlm tubuh ibu mertuamu perlahan-lahan. Setiap hari sediakan makanan yg sedap sedap dan letakkan sedikit herba ni dalam makanan tersebut. Sekarang, untuk memastikan tiada sesiapa curiga bila dia mati nanti, kamu kenalah berhati-hati dan berlakon berbaik baik dgn dia. Jangan bertengkar, turuti kemahuannya dan layan dia seperti seorang permaisuri’.
Li Li sangat gembira. Dia berterima kasih kepada tabib tersebut dan bergegas pulang untuk memulakan rancangan membunuh ibu mertuanya.
Selepas 6 bulan berlalu, seluruh isirumah telah berubah. Li Li telah boleh mengawal kemarahannya dengan begitu baik sekali sehingga dia hampir hampir tidak pernah marah atau memberontak lagi. Dia tidak pernah lagi bertengkar dgn ibu mertuanya kerana dia merasakan lebih mudah untuk berbaik dgn ibu mertuanya itu sekarang.
Satu hari, Li Li datang berjumpa tabib tersebut dan meminta bantuannya semula. Katanya’ “Pakcik, tolonglah saya. Elakkan lah dari racun tu membunuh ibu mertua saya. Dia telah berubah kepada perempuan yg sangat baik dan saya sayangkan dia seperti ibu saya sendiri. Saya tak mahu dia mati disebabkan racun yg saya berikan pada dia”.
Tabib itu tersenyum dan menggangukkan kepalanya. “Li Li, tiada apa yg perlu kamu risau pasal dia. Saya tak pernah memberikan kamu apa-apa racun pun. Herba yang saya berikan adalah ubat untuk meningkatkan kesihatannya. Racun sebenar hanyalah di dalam kepala kamu dan perangai kamu kepada dia. Tapi semuanya dah hilang disebabkan kasih saying yang diberikan oleh kamu kepada dia”.
TIDAK KAH KITA SEDAR bahawa layanan kita kepada orang lain akan menjadikan orang itu melayan kita dengan cara yang sama. Orang bijak pandai di China pernah berkata “Sesiapa yg menyayangi orang lain akan juga disayangi semula.”
(Dipetik dari Blogspot Beruang Madu)